Rabu, 30 April 2008

Bioteam-Tekun


TEKUN bantu semua kaum

Oleh THOMAS CHONG

PUTRAJAYA 29 April - Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang diperkenalkan untuk membantu usahawan bumiputera kini akan diperluaskan kepada semua kaum.

Pengarah Urusannya, Datuk Abdul Rahim Hassan memberitahu, sebagai permulaan, sebanyak RM3 juta diperuntukkan untuk membantu usahawan kaum India.

''Peruntukan permulaan RM3 juta untuk belia India telah diterima dan sekarang kita menunggu peruntukan RM10 juta untuk belia Cina yang saya jangka akan diperoleh pada Jun ini,'' katanya.

Abdul Rahim berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai kerjasama keusahawanan antara TEKUN dengan Bioteam Resources Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, rancangan keusahawanan untuk bukan bumiputera itu bagaimanapun tidak akan menjejaskan bantuan kepada usahawan bumiputera.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak menggunakan jumlah peruntukan untuk bumiputera tetapi meminta peruntukan khas daripada Unit Perancangan Ekonomi (EPU) untuk membantu belia bukan bumiputera.

Menurutnya lagi, TEKUN akan bekerjasama dengan Yayasan Strategik Sosial bagi menjayakan bantuan kepada usahawan India.

Ditanya sama ada TEKUN menanggung hutang yang banyak berikutan kegagalan peminjam melangsaikan pinjaman yang diberikan, Abdul Rahim berkata, rekod pembayaran peminjam TEKUN adalah amat baik.

''Kami meminjam sebanyak RM775 juta kepada 140 ribu usahawan sejak 1998 dan bayaran baliknya cukup baik,'' katanya.

Sementara itu, Abdul Rahim meminta usahawan negara ini mewujudkan perniagaan dalam bidang baru khasnya yang melibatkan teknologi.

''Kita tak nak semua usahawan buka kedai runcit dan kedai makanan sahaja kerana macam-macam perniagaan lagi yang boleh mereka ceburi.

''Mereka umpamanya boleh terlibat dalam perniagaan memasang kamera litar tertutup (CCTV), menjual telefon bimbit atau membuka bengkel kereta,'' katanya.


Peluang menjadi usahawan,modal disediakan.hubungi 012-3456789 utk mendapatkan borang permohonan/maklumat lanjut.
Reply With Quote


Petikan dari Utusan Online

Tiada ulasan: