Rabu, 23 April 2008

Jangan Menjaja Nama Tekun Jika Anda Bukan Rakaniaga




KUALA LUMPUR: Awas! Anda mungkin pernah menerima SMS menawarkan pinjaman daripada Yayasan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional, sebuah institusi di bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD).

Pinjaman yang kononnya boleh diluluskan dalam masa dua minggu itu mensasarkan peniaga kecil dengan menawarkan pinjaman sebanyak RM20,000 tanpa penjamin atau menyediakan sebarang kertas kerja.

Bagaimanapun, RM10,000 daripada jumlah pinjaman itu perlu dilaburkan dalam satu syarikat perniagaan jualan langsung yang mendakwa mereka sebagai orang tengah yang dilantik Tekun dan bakinya boleh digunakan untuk perniagaan sendiri.

Bayaran pinjaman perlu dilunaskan dalam masa dua bulan selepas pinjaman itu diluluskan dan anggaran bayaran balik ialah RM633 sebulan dalam tempoh lima tahun yang bermaksud peminjam perlu membayar sehingga RM38,000 untuk pinjaman sebanyak RM20,000.


Menurut Timbalan Pengurus Bahagian Pembiayaan Tekun, Hanafi Mohd Nor, pihaknya tidak pernah melantik orang tengah untuk menguruskan sebarang pinjaman.

“Kami ada melantik rakan niaga yang terdiri daripada syarikat jualan langsung. Syarat yang kami tetapkan ialah pinjaman yang dibuat perlu digunakan untuk perniagaan dan bukan dengan membuat dua pelaburan berasingan,” katanya.

Menurut Hanafi, Tekun juga tidak pernah menetapkan sebarang jumlah untuk bayaran balik seperti dilakukan pihak berkenaan.

“Kami tidak boleh memaksa peminjam membayar jumlah yang kami tetapkan kerana tidak semua perniagaan akan membuahkan keuntungan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, orang ramai diminta berwaspada dan tidak terpedaya dengan janji manis pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

“Peminjam tertipu kerana pihak berkenaan tidak menyatakan mengenai perniagaan jualan langsung yang mereka perlu sertai untuk mendapatkan wang pinjaman itu,” katanya.

“Mereka mengambil kesempatan dengan memperdaya orang lain terutama golongan peniaga kecil,” katanya.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan membuat urusan secara terus dengan Tekun dan jangan mempercayai pihak yang mendakwa sebagai orang tengah yang mendapat mandat Tekun untuk menguruskan sebarang pinjaman.

cetak dari Artikel Harian Metro......

"Jangan menjaja nama tekun jika anda bukan rakanniaga.."

“Kami ada melantik rakan niaga yang terdiri daripada syarikat jualan langsung. Syarat yang kami tetapkan ialah pinjaman yang dibuat perlu digunakan untuk perniagaan dan bukan dengan membuat dua pelaburan berasingan,” katanya.

-----Bagaimanapun, RM10,000 daripada jumlah pinjaman itu perlu dilaburkan dalam satu syarikat perniagaan jualan langsung yang mendakwa mereka sebagai orang tengah yang dilantik Tekun dan bakinya boleh digunakan untuk perniagaan sendiri------

*Dalam hal ini saya sebagai rakanniaga amat malu kerana ada pihak yang telah mempergunakan nama Tekun dengan tidak sewajarnya.Sekarang ini bila kita masuk atau join di dalam program Bioteam ini kita akan di di iktiraf sebagai Rakanniaga yang terdiri daripada syarikat jualan langsung atau Usahawan seperti

* Usahawan bebas Bioteam
* Usahawan Business Centre
* Usahawan Bioteam SPA and Beauty
* Usahawan Bio Farmasi




Jadi bagi pihak saya mengingatkan supaya janganlah mudah terpedaya daripada sebarang penyebaran maklumat dari sistem pesanan ringkas(SMS)jika anda dapat sila abaikannya.
Jika anda ada sebarang pertanyaan anda boleh hubungi : 017-7537123 saya dan anda boleh hubungi Syarikat Bioteam :03-88886608 Bioteam


http://www.bioteam.net.my/

Tiada ulasan: